try

Seorang kakak pernah berpesan dari pengalamannya. Katanya, bila kita duduk seorang diri, keikhlasan kita akan diuji.

Betullah.

Duduk seorang diri, siapa yang tahu? Hanya antara saya dan Allah. Kalau betul-betul ikhlas beramal, bukan sebab ikut-ikutan atau kerana persepsi orang sekeliling, maka akan istiqamah dan konsisten. Dengan izin Allah, insyaAllah.

Vice versa, kalau agak-agak nak kantoi atau serasa segan dengan orang sebab dah tak seperti dulu, seperti masa kita sama-sama, ceritalah sedikit alasan barang sekeping dua, ok lah nanti. Tenang sikit. ohh, people would understand, don’t worry.

Tapi tu lah kan. Allah tahu je semua. Nak cerita apa kat Allah bila Dia tanya nanti?


~ Friday, August 6, 2010 0 comments